Kulit kayu manis adalah salah satu herba yang digunakan dalam masakan. Ini kerana rasa dan bau aromanya yang wangi dan unik selalunya menjadi antara herba yang utama dalam masakan sup, kari, kurma, dan sebagainya.
Disebabkan ia adalah salah satu bahan mentah dalam masakan yang mudah didapati, ramai yang tidak sedar bahawa bahan ini mempunyai banyak khasiat yang boleh memberi kebaikan pada kesihatan kita.
Kajian mendapati kulit kayu manis mempunyai kelebihan yang banyak, malah banyak petua menggunakan kulit kayu manis untuk pelbagai tujuan kesihatan.
Antara khasiat kulit kayu manis adalah:
1. Baik Untuk Jantung

Kulit kayu manis mempunyai kandungan serat dan kalsium yang mengejutkan yang baik untuk kesihatan jantung. Serbuk kulit kayu manis mengandungi 4g fiber dan 78mg calsium untuk setiap satu sudu kecil.
Fungsi serat dan kalsium ini adalah membantu menyingkirkan garam hempedu. Garam hempedu boleh merosakkan sel usus yang menyebabkan kanser usus.
Apabila garam hempedu disingkirkan, sistem badan akan memusnahkan kolestrol untuk menghasilkan hempedu yang baru. Ini dapat membantu merendahkan tahap kolestrol sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Melegakan Sakit Senggugut

Kajian pada tahun 2015 dibuat terhadap pelajar kolej Iran mendapati kulit kayu manis membantu mengurangkan rasa sakit senggugut dengan ketara.
Minyak kulit kayu manis (dicampur dengan minyak badam) juga boleh digunakan untuk mengurut dan melancarkan aliran darah.
3. Merangsang Pertumbuhan Rambut
Berita baik untuk mereka yang mengalami rambut gugur. Minyak kulit kayu manis boleh digunakan sebagai bahan urutan kulit kepala.
Minyak ini akan menyerap ke dalam kulit kepala dan merangsang pengaliran darah ke folikel rambut. Pengaliran darah sangat penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.
4. Melegakan Sakit Perut

Dalam perubatan tradisional Cina, kulit kayu manis digunakan sebagai bahan menghangatkan badan. Gabungan kulit kayu manis dan halia dibuat teh untuk melegakan kesakitan pada perut.
5. Membantu Pengaliran Darah Yang Baik
Kulit kayu manis juga bertindak sebagai herba yang “menghangatkan” dengan memperbaiki aliran darah dalam badan. Pengaliran darah yang baik sangat penting untuk kulit yang sihat.
Kulit kayu manis juga boleh diminum sebagai air teh untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Jika anda seorang penggemar kopi, boleh cuba untuk menambah kulit kayu manis ke dalam kopi untuk menambah rasa aroma yang sedap.
Jika anda inginkan alternatif yang lebih mudah, senang, tanpa perlu bersenam atau urut badan selalu, bolehlah mencuba seluar kesihatan ini. Ianya mampu merawat pelbagai penyakit akibat gangguan saluran darah seperti kebas-kebas, lenguh, urat simpul, sakit kaki dan banyak lagi.
Kongsi Artikel:





