Cara Merawat Slip Disc Secara Semula Jadi

Slip disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Ia merupakan pengalihan nucleus pulposes dari kedudukan normal yang terletak di tengah-tengah disc. Ini menyebabkan anggota badan menjadi kebas atau lemah.

Slip disc pada tulang belakang adalah salah satu penyebab sakit tulang belakang.

Bagaimana Slipped Disc boleh berlaku?

Slip disc berlaku apabila disc yang menjadi pelapik antara tulang belakang tergelincir dari kedudukan asal sama ada tergelincir secara serius atau tidak serius.

Kesan daripada disc yang beralih tempat, ia akan menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar tulang belakang pesakit.

 

Disc yang terkeluar dari kedudukan asal

Terdapat beberapa peringkat slip disc yang menyebabkan kesakitan melampau kepada pesakit:

1. Disc protrusion – pada tahap ini disc menonjol tetapi belum koyak.

2. Disc extrusionAnnulus Disc terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tetapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament.

3. Disc sequestration – Tisu Nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang.

Rawatan Semula Jadi Slipped Disc Di Rumah

Jika pesakit masih dalam keadaan sakit sederhana, berita baiknya adalah anda boleh mengurangkan sakit slipped disc ini dengan melakukan beberapa pergerakan di rumah secara konsisten.

Berikut adalah antara pergerakan yang dirujuk dari Clinical Evaluation and Treatment Options for Herniated Lumbar Disc boleh dilakukan di rumah untuk yang mengalami slipped disc. Adalah lebih baik jika pergerakan ini dilakukan bersama dengan mereka yang profesional dalam bidang ini. Jika pergerakan ini menyebabkan sakit menjadi lebih teruk, sila berhenti dan dapatkan rawatan segera :

1.  Penyahmampatan Tulang Belakang

Renggangkan badan dengan memegang dan tiang di atas. Bergantung dengannya selama 30 saat sebanyak 3 kali.

**Gerakan ini tidak sepatutnya sakit, jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

2. Berdiri Dan Renggangkan Badan

Jika antara punca slip disc adalah berpunca postur yang tidak baik, maka pergerakan ini perlu untuk mengembalikan posisi disc.

Mulakan senaman ringkas ini dengan berdiri dengan postur yang baik. Letakkan kedua belah tangan di pinggang. Renggangkan badan ke depan dan belakang sambil kepala mendongak ke atas. Ulang sebanyak 10 kali. Lakukan sebanyak 2-3 set.

**Gerakan ini tidak sepatutnya sakit, jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

3. Half Cobra Pose

Mulakan dengan meniarap dengan tangan dibengkokkan di tepi leher. Naikkan bahagian atas separuh badan dan tahan dengan siku seperti dalam gambar. Bertahan selama 10-15 saat sebelum kembali ke posisi asal. Ulangi menaikkan separuh badan tadi dengan menambah bilangan saat sehingga 30 saat. Lakukan sebanyak 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

4. Full Cobra Pose

Ulangi langkah (3) dengan menaikkan lagi bahagian atas badan sehingga ke pinggang. Bertahan selama 10 saat. Lakukan sehingga 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

5. Bird Dog

Senaman ini dapat menguatkan dan menstabilkan bahagian pinggang anda.

Mulakan senaman dengan posisi merangkak seperti gambar di atas. Kemudian, angkat kaki kanan dan tangan kiri sehingga sama tinggi dengan badan secara serentak. Tahan 2-3 saat dan kembali ke posisi asal. Ulangi langkah tadi dengan kaki kiri dan tangan kanan. Lakukan sebanyak 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

Sumber: backintelligence.com

Kongsi Artikel:

Teknologi Kesihatan Terkini!

Rahsia Melancarkan Peredaran Darah Seluruh Badan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *