Sakit jantung adalah penyakit yang membimbangkan bagi kebanyakan antara kita kerana ia adalah salah satu dari punca utama kematian di negara ini.
Tidak dinafikan faktor gaya hidup memainkan peranan yang besar dalam menyumbang kepada faktor terjadinya serangan penyakit jantung ini.
Bagi anda yang amat pentingkan kesihatan atau sudah pun mengalami tanda-tanda sakit jantung, anda perlu mengetahui cara mengurangkan risiko sakit jantung secara semula jadi ini:
1. Berjaga-jaga Dengan Pengambilan Daging Merah.

Daging merah adalah sumber protein dan nutrien yang baik untuk tubuh. Akan tetapi pengambilan daging dengan lemak tepu berlebihan akan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan.
Anda boleh pelbagaikan pengambilan sumber protein lain seperti kacang soya, ayam, kekacang, dan tauhu.
2. Jalani Gaya Hidup Aktif
Lakukan senaman selama 30-60 minit 3 kali seminggu.
3. Mengawal Kadar Kolestrol

Mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol seperti minyak atau lemak penting untuk menjaga tahap kolesterol badan.
Tahap kolesterol normal bagi individu dewasa (20 tahun ke atas) adalah antara 125 mg/dl dan 200 mg/dl. Mengukur tahap kolesterol secara berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan kita sentiasa dalam keadaan baik.
Anda juga boleh melakukan ujian sendiri di rumah dengan mendapatkan set uji kolesterol dalam darah di SINI. Selain dari kolesterol, anda juga boleh menguji tahap glucosa dan uric acid dengan menggunakan set alat ini.
4. Menjaga Waktu Tidur
Waktu tidur yang tidak terjaga amat berkaitan dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi yang menjadi punca serangan jantung. Cuba untuk tidur 6-8 jam sehari supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
5. Mengambil Makanan Berkhasiat
Pastikan anda memakan makanan diet yang seimbang seperti sayuran, buah-buahan, gandum, daging tanpa lemak.
6. Kekalkan Berat Badan Ideal
Mengekalkan berat badan ideal membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan obesiti.
7. Berhenti Merokok
Perokok mempunyai risiko tinggi untuk mengalami sakit jantung daripada mereka yang tidak merokok. Anda juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan paru-paru kepada anak anda atau orang sekeliling anda dengan berhenti merokok ini.
Kongsi Artikel:





