Jangan Abaikan 11 Tanda Sakit Jantung Ini – Anda Rasa Letih Setiap Masa?

Tahukah anda? Penyakit jantung adalah punca utama kematian di negara ini sejak 13 tahun yang lalu.

Purata umur pesakit jantung koronari di Malaysia juga adalah jauh lebih muda berbanding negara maju iaitu 59 tahun. Serangan jantung koronari adalah jenis penyakit jantung paling kerap yang dihadapi oleh masyarakat negara ini.

Oleh itu, langkah awal harus diambil berat supaya penyakit jantung ini dapat dikekang dari menyerang seseorang. Sangat penting untuk kita tahu apakah simptom penyakit jantung terutamanya jika terdapat lebih dari satu tanda di bawah:

1. Ketidakselesaan Bahagian Dada

Ketidakselesaan dada adalah paling biasa dikesan dan juga tanda awal bagi penyakit jantung. Seseorang cenderung berasa sama ada tekanan berterusan pada dada atau pada denyutan. Ia biasanya disebabkan oleh saluran darah (Arteri) yang tersumbat atau serangan jantung.

Selain itu, pesakit juga akan mengalami nafas yang pendek, berpeluh atau rasa lemah.

Biasanya sakit itu akan hilang beberapa minit. Jika anda mengalami sakit walaupun hanya beberapa saat, teruslah berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat.

2. Mual, Senak, Pedih Ulu Hati dan Sakit Perut

Sesetengah pesakit mengalami simptom ini ketika serangan jantung, terutamanya wanita. Harus diingat, simptom ini mungkin juga disebabkan oleh faktor lain. Akan tetapi, tidak mustahil jika ianya disebabkan sesuatu yang tidak kena dengan jantung.

3. Tidur Apnea

Tidur Apnea adalah gangguan tidur disebabkan kesulitan bernafas berulang kali ketika sedang tidur. Salah satu tanda tidur apnea adalah berdengkur. Ia adalah masalah tidur yang serius dan merupakan salah satu tanda masalah jantung. Pada waktu ini, otak dan bahagian badan tidak mendapat bekalan oksigen mencukupi, di mana lama kelamaan memberi tekanan pada jantung dan meningkatkan risiko sakit darah tinggi, degupan jantung tak normal, stroke, atau kegagalan jantung.

Jika anda sering letih ketika bangun tidur, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan sama ada anda mengalami tidur apnea atau tidak.

4. Cengkaman Tangan Yang Lemah

Jika anda mengalami kesukaran memegang sesuatu objek, kemungkinan mengalami masalah jantung itu tinggi.

5. Pening Kepala

Di samping tidur yang sedikit, mengalami pening kepala juga tanda biasa kepada masalah jantung disebabkan jantung tidak mengepam bekalan darah yang cukup ke otak. Pening kepala mungkin menjadi tanda gangguan rentak degupan (arrthythmia) atau lebih teruk dari itu.

Kegagalan jantung bermaksud jantung tidak mampu mengepam darah sampai ke otak dan anggota badan yang memerlukan bekalan darah.

6. Mudah Letih

Anda telah biasa naik tangga secara bertahun-tahun, atau melakukan kerja-kerja rumah, tetapi secara tiba-tiba letih selepas melakukan aktiviti yang sama, itu adalah salah satu pertanda penyakit jantung. Jika anda mengalami keletihan yang luar biasa tanpa sebab, adakan temujanji dengan doktor untuk masalah anda.

7. Peluh Sejuk Secara Tiba-Tiba

Jika anda mengalami peluh dan sejuk secara rawak disamping tanda-tanda yang lain, dapatkan rawatan segera.

8. Degupan Jantung Tidak Seragam

Apabila jantung anda berdegup dengan tidak seragam atau terlalu laju, dalam keadaan tanpa sebab, ini adalah kemungkinan kepada masalah jantung. Jika anda sering mengalami keadaan ini, pastikan anda beri perhatian pada tanda ini.

9. Batuk Berpanjangan

Apabila sering batuk dan ia berpanjangan tanpa menjadi lebih baik adalah tanda masalah jantung. Batuk berpanjangan dan menghasilkan mukus dimana jantung tidak dapat memenuhi keperluan tubuh, darah bocor ke paru-paru yang mengakibatkan sakit jantung. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan awal untuk memastikan kesihatan selamat.

10. Bengkak Kaki

Jika kaki bengkak, kemungkinan tanda penyakit jantung disebabkan jantung tidak dapat mengepam darah secara efektif, menyebabkan cecair dan darah berkumpul di bahagian kaki menjadikan kaki membengkak. Begitu juga bengkak di bahagian lain.

11.  Gusi Berdarah

Kajian mendapati pendarahan dan gusi bengkak tanpa sebab boleh menjadi penyebab penyakit jantung. Pakar mendapati bakteria daripada gusi, boleh masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan jangkitan pada jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *