Awas! Duduk Lama Boleh Bahayakan Kesihatan Anda. Bagaimana?

Jika anda beranggapan bahawa membuat kerja dengan duduk sahaja membuatkan anda selamat, sebenarnya anda silap.

Adakah kerja anda perlukan anda duduk lama?

Kajian mendapati duduk dalam waktu yang lama meningkatkan risiko kecederaan fizikal dan penyakit. Duduk selama 6-8 jam atau lebih setiap hari adalah tidak baik untuk kesihatan badan manusia yang normal.

Perkara yang anda perlu tahu apabila duduk terlalu lama adalah:

1. Aktiviti elektrik dalam otot terhenti apabila anda duduk lama

2. Pembakaran kalori berkurang 1 untuk setiap minit.

3. Enzim yang membantu memecahkan lemak berkurang sehingga 90%

4. Selepas 2 jam, kadar kolesterol baik dalam badan berkurang sebanyak 20%

5. Selepas 24jam, kadar efektif fungsi insulin berkurang sebanyak 24% dan meningkatkan risiko diabetes.

6. Tekanan tinggi pada tulang belakang meningkatkan risiko sakit pinggang dan sakit bahagian leher.

7. Otot pada badan, bahu dan leher dalam keadaan tidak bergerak akan menekan saluran darah mengakibatkan berkurangnya kadar aliran darah dan menjadi cepat letih.

8. Ramai yang mengalami rasa kurang cergas, merendahkan fungsi jantung dan paru-paru yang efektif.

9. Peningkatan risiko mendapat penyakit dan kadar penyembuhan dari sakit jadi berkurang terutama kepada mereka yang tidak aktif dalam aktiviti seharian.

10. Darah biasanya akan berkumpul di bahagian pinggang ke bawah yang menyebabkan rasa kebas dan urat timbul.

4 Penyakit Serius Bakal Dihadapi Akibat Dari Duduk Lama

1. Diabetes

Dengan pengurangan fungsi insulin, tanda fizikal yang anda lihat adalah bertambahnya berat badan. Seterusnya peningkatan gula dalam darah mengakibatkan risiko Diabetes Type 2 pula.

2. Salur Darah Sempit Dan Tersumbat

Pengumpulan darah di bahagian bawah badan, mengakibatkan tekanan pada saluran darah seterusnya berisiko untuk salur darah tersumbat dan sempit.

3. Penyakit Jantung

Duduk lama mengurangkan 20% “kolestrol baik” dan meningkatkan “kolestrol jahat” dalam darah menyebabkan risiko tinggi untuk terkena serangan jantung. Sakit jantung adalah antara penyebab kematian yang tinggi di negara ini.

Tanpa sedar gaya hidup menyebabkan sakit ini terjadi perlu diberi perhatian.

4. Osteoporosis

Tekanan berlebihan yang dikenakan ke atas tulang menyebabkan bebanan ini lama kelamaan tidak dapat ditampung. Akhirnya cakera antara tulang belakang menjadi kurang anjal, menyebabkan bahagian tulang belakang lari dari kedudukan asal atau tulang menjadi lemah. 

5. Sakit Leher dan sakit kepala

Darah yang kurang lancar akan menyebabkan darah ke kepala menjadi kurang lancar. Tekanan yang lama pada leher juga mengakibatkan sakit leher.

Apa Perlu Anda Lakukan

1. Duduk 135 darjah.

Duduk sekali sekala pada 135 darjah akan mengurangkan bebanan pada tulang belakang anda berbanding duduk membongkok ke depan atau duduk pada 90 darjah.

2. Bangun dan bergerak.

Bangun dan bergerak sebaiknya dilakukan pada setiap 30 minit mengurangkan risiko darah kurang lancar.

3. Naik tangga.

Pilih untuk naik tangga daripada hanya menggunakan lift. Biarpun hanya beberapa tingkat sehari pergi dan balik kerja, ia dapat memberi kesan yang baik jika dilakukan secara konsisten.

3. Memakai seluar dan stokin kesihatan untuk lancarkan peredaran darah.

Memakai seluar terapi Far Infra-Red dan tekanan. Ini adalah cara yang paling senang, cepat dan mudah. Jika anda seorang yang tidak sempat bersenam, cepat letih, dan mempunyai rutin duduk yang lama sepanjang hari, anda patut memakai seluar ini.

Seluar kesihatan ini berfungsi melancarkan aliran darah seluruh badan dan meningkatkan metabolisma walaupun anda duduk sepanjang hari. Dengan bentuk ergonomiknya, dapat menampung badan anda seterusnya kurang risiko sakit belakang.

Hanya perlu sarungkan seluar ini sahaja, anda mendapat kebaikan seperti “berjalan atau bersenam” walaupun dalam keadaan duduk.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang seluar magic ini dengan KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *