Apabila bekalan darah tidak sampai ke otak dengan betul, maka wujudlah masalah stroke. Kira-kira 76,000 pesakit mendapatkan rawatan di hospital dan pusat rawatan setiap tahun dengan anggaran kos RM316.51 juta.
Strok kekal sebagai punca utama penyakit yang menjadi punca kematian ketiga terbanyak di negara ini selepas jantung dan kanser dengan kadar kematian 14,000 setahun.
Dalam masa yang sama, serangan jantung akibat strok disebabkan sekatan pada arteri yang menghalang bekalan darah ke otak. Sekatan ini berpunca daripada darah beku dan pemendapan lemak.
Berikut adalah tanda-tanda mengesan stroke yang wajib anda tahu. Kerana dengan mengesan simptom ini, ia dapat membantu mengurangkan risiko sakit menjadi lebih teruk dan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa anda.
1. Jantina

Kaum lelaki lebih berisiko menghidapi stroke berbanding wanita.
2. Umur
Bilangan golongan berusia menghidap stroke lebih tinggi dan semakin ramai hari ini. Bilangan pesakit akan terus bertambah pada masa akan datang seterusnya menyumbang kepada peningkatan kos perubatan yang ditanggung kerajaan.
3. Rasa kebas

Rasa kebas di bahagian tertentu badan seperti muka, tangan atau kaki.
4. Sukar bercakap atau kelumpuhan pada bahagian muka

Disebabkan gangguan pada fungsi percakapan, pesakit mengalami sukar untuk bercakap.
5. Sukar melihat
6. Keseimbangan dan koordinasi badan jadi lemah.
7. Sakit kepala secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.

8. Pengsan atau hilang kesedaran tiba-tiba.
Apa Perlu Dilakukan Jika Berhadapan Situasi Serangan Stroke Ini?
Apabila simptom stroke dikesan, perkara pertama harus anda lakukan adalah menghubungi kecemasan secepat mungkin.
30 Minit pertama selepas serangan stroke adalah masa yang paling penting. Kemudian, penting baringkan pesakit untuk mengelak kecederaan jika jatuh pengsan.
Anda juga boleh mendapatkan alternatif rawatan stroke dengan Terapi Far Infra-Red di SINI. Ia adalah teknologi rawatan untuk memperbaiki sistem aliran darah seluruh badan termasuk dari kaki sehingga ke otak. Pesakit yang menggunakannya dapat mengalami perubahan anggota badan yang diserang stroke beransur-ansur pulih.
Sumber: freemalaysiatoday, justhealthyway

