Cara Merawat Slip Disc Secara Semula Jadi

Slip disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Ia merupakan pengalihan nucleus pulposes dari kedudukan normal yang terletak di tengah-tengah disc. Ini menyebabkan anggota badan menjadi kebas atau lemah.

Slip disc pada tulang belakang adalah salah satu penyebab sakit tulang belakang.

Bagaimana slipped disc boleh berlaku?

Slip disc berlaku apabila disc yang menjadi pelapik antara tulang belakang tergelincir dari kedudukan asal sama ada tergelincir secara serius atau tidak serius.

Kesan daripada disc yang beralih tempat, ia akan menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar tulang belakang pesakit.

Disc yang terkeluar dari kedudukan asal

Terdapat beberapa peringkat slip disc yang menyebabkan kesakitan melampau kepada pesakit:

1. Disc protrusion – pada tahap ini disc menonjol tetapi belum koyak.

2. Disc extrusionAnnulus Disc terkoyak, bahagian nukleus terkeluar tetapi masih tidak masuk ke ruang saraf tunjang kerana dihalang oleh Posterior Longitudinal Ligament.

3. Disc sequestration – Tisu Nucleus pulposus pecah dan masuk ke dalam ruang saraf tunjang.

Rawatan Semula Jadi Slipped Disc Di Rumah

Jika pesakit masih dalam keadaan sakit sederhana, berita baiknya adalah anda boleh mengurangkan sakit slipped disc ini dengan melakukan beberapa pergerakan di rumah secara konsisten.

Berikut adalah antara pergerakan yang dirujuk dari Clinical Evaluation and Treatment Options for Herniated Lumbar Disc boleh dilakukan di rumah untuk yang mengalami slipped disc. Adalah lebih baik jika pergerakan ini dilakukan bersama dengan mereka yang profesional dalam bidang ini. Jika pergerakan ini menyebabkan sakit menjadi lebih teruk, sila berhenti dan dapatkan rawatan segera :

1.  Penyahmampatan Tulang Belakang

Renggangkan badan dengan memegang dan tiang di atas. Bergantung dengannya selama 30 saat sebanyak 3 kali.

**Gerakan ini tidak sepatutnya sakit, jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

2. Berdiri Dan Renggangkan Badan

Jika antara punca slip disc adalah berpunca postur yang tidak baik, maka pergerakan ini perlu untuk mengembalikan posisi disc.

Mulakan senaman ringkas ini dengan berdiri dengan postur yang baik. Letakkan kedua belah tangan di pinggang. Renggangkan badan ke depan dan belakang sambil kepala mendongak ke atas. Ulang sebanyak 10 kali. Lakukan sebanyak 2-3 set.

**Gerakan ini tidak sepatutnya sakit, jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

3. Half Cobra Pose

Mulakan dengan meniarap dengan tangan dibengkokkan di tepi leher. Naikkan bahagian atas separuh badan dan tahan dengan siku seperti dalam gambar. Bertahan selama 10-15 saat sebelum kembali ke posisi asal. Ulangi menaikkan separuh badan tadi dengan menambah bilangan saat sehingga 30 saat. Lakukan sebanyak 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

4. Full Cobra Pose

Ulangi langkah (3) dengan menaikkan lagi bahagian atas badan sehingga ke pinggang. Bertahan selama 10 saat. Lakukan sehingga 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

5. Bird Dog

Senaman ini dapat menguatkan dan menstabilkan bahagian pinggang anda.

Mulakan senaman dengan posisi merangkak seperti gambar di atas. Kemudian, angkat kaki kanan dan tangan kiri sehingga sama tinggi dengan badan secara serentak. Tahan 2-3 saat dan kembali ke posisi asal. Ulangi langkah tadi dengan kaki kiri dan tangan kanan. Lakukan sebanyak 10 kali.

**Pastikan anda mulakan senaman ini dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Jika terasa sakit, lakukan gerakan yang lain.

Sumber: backintelligence.com

Petua Menghilangkan Sakit Badan Dan Urat. Amalkan Tips Ini Setiap Hari.

Petua ini adalah perkongsian daripada Puan Normala Md Ismail yang diperolehi daripada ibunya. Ia dikatakan berkesan menghilangkan sakit badan, angin, kebas-kebas kaki dan tangan, sukar buang air besar serta mencuci darah beku.

Umum mengetahui secara tradisional bahawa serai, halba, dan halia mempunyai banyak manfaat untuk merawat masalah dalaman badan. Selain daripada mendapatkan rawatan di klinik dan hospital, anda boleh juga mencuba petua semula jadi ini di rumah sebagai ikhtiar untuk kesihatan dengan izin Allah.

Berikut adalah petua beliau:

Bahan-bahan:

  •  2-3 sudu besar halba
  • 3 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 biji gula batu
  • 1 sudu asam jawa
  • 1 liter air

Cara-cara:

  1. Halba, halia dan serai diketuk atau dihiris. Kemudian rebus sehingga mendidih.
  2. Angkat dan campur dengan asam jawa satu sudu besar dan kacau sebati.
  3. Biarkan air sehingga suam. Minum air rebusan ini sebelum tidur.

Esok pagi badan jadi lebih segar, InsyaAllah. Semoga membantu dan dipermudahkan.

Cara Lain:

Memakai seluar kesihatan yang mempunyai fungsi melancarkan peredaran darah seluruh badan. Ia bukan sahaja menyihatkan badan, malah membantu memulihkan masalah kebas, lenguh, sakit pinggang, sendi, saluran darah tersumbat, sembelit dan slipped disc. 

Ini adalah cara yang paling mudah, senang dan pantas. Anda hanya perlu menyarung seluar kesihatan ini, dan kebaikan akan anda dapat sepanjang hari. Klik SINI untuk maklumat lanjut berkenaan seluar kesihatan Aulora Pants ini.

Anda Berdengkur? Berjaga-jaga. Mungkin Ini Puncanya!

SERING BERDENGKUR ketika tidur boleh menganggu kualiti tidur seseorang dan menganggu orang sekeliling, dikaitkan dengan gangguan sistem pernafasan.

Bunyi dengkuran yang serius ini adalah akibat daripada penyempitan saluran pernafasan ketika tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA). Menurut pakar perubatan, ramai yang mengalami tidur berdengkur tetapi tidak semestinya individu itu mempunyai masalah berkaitan kardiovaskular.

OSA menjejaskan kuliti tidur penghidapnya sehingga tidak cukup rehat dan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, strok, dan diabetes.

Biasanya pesakit tidak sedar pernafasannya terganggu ketika tidur tetapi hanya menyedari gangguan pernafasan ini apabila tersedar dari tidur.

Hal ini membuatkan oksigen tidak mencukupi sementara karbon dioksida pula tidak dapat dikeluarkan dari badan. Kesannya degupan rentak jantung tidak normal dan gangguan pada paru-paru. 

Diebabkan itu, mereka mengalami migrain, pening kepala, atau tertidur ketika memandu kerana keletihan disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malamnya.

Sleep Apnea juga disebabkan obesiti atau kegemukan berikutan banyak lemak pada leher, tengkuk yang pendek hingga menutup saluran pernafasan biasa.

Jika anda mendapati tanda-tanda ini, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Langkah Mencegah Dengkur

1. Kawal berat badan terutamanya kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

2. Elakkan pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk.

3. Pilih sisi tidur mengiring.

4. Amalkan waktu tidur yang tetap.

5. Mendapatkan rawatan hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

Sumber: bharian