Bahaya Simptom Slipped Disc Yang Ramai Tidak Sedar

Apa Itu Slipped Disc?

Secara ringkas ia adalah tulang belakang yang “teralih” atau “menggelongsor” dari kedudukan asal. Ini disebabkan penurunan tisu yang memisahkan antara bahagian tulang belakang tidak efektif untuk menyerap tekanan, membonjol, dan akhirnya dinding tisu bocor.

Pada kes lebih teruk, seseorang boleh mengalami kesakitan yang teramat sangat atau kelumpuhan kaki.

Jadi, penting untuk anda perhatikan simptom slipped disc ini agar dapat membuat persediaan lebih awal. Simptom slipped disc antaranya ialah:

1. Sakit Belakang

Biasanya pesakit akan berasa sakit yang teruk secara tiba-tiba. Kesakitan ini boleh dilegakan seketika dengan baring. Seseorang akan rasa lebih sakit ketika menggerakkan tulang belakang, batuk, atau bersin. 

2. Sakit Akar Urat Saraf (Urat Sciatic)

Sakit disebabkan urat saraf terjadi apabila saraf yang terletak di belakang tulang belakang menerima tekanan dari tulang yang telah mula ke bawah. Sakit saraf boleh mengunjur hingga ke kaki. 

Sakit belakang yang dirasakan adalah daripada kurang sakit kepada sangat sakit. Pesakit yang mengalaminya merasa seperti sakit “terbakar”. 

3. Simptom Pada Urat Saraf Lain

Iritasi atau tekanan pada saraf di sekitar saraf sciatic boleh menyebabkan rasa kebas, sakit yang menyucuk-nyucuk, atau lemah pada punggung dan kaki. Bahagian yang menerima kesakitan itu bergantung kepada saraf mana mendapat kesan.

4. Sindrom Cauda Equina – Jarang Berlaku, Tetapi Darurat

Sindrom Cauda Equina terjadi pada sekumpulan saraf dipanggil saraf Cauda Equina. Saraf ini terletak dihujung daraf tulang belakang. Sakit pada saraf ini boleh disebabkan oleh cakera prolaps pada tulang belakang akibat dari slipped disc.

Simptom ini membawa tanda-tanda seperti:

  1. Masalah dengan fungsi usus dan pundi kencing (biasanya ketidakupayaan mengalirkan air kencing)
  2. Sakit yang amat sangat pada bahagian punggung bawah.
  3. Lemah pada satu atau kedua belah kaki.

Jika terdapat simptom-simptom ini, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan Abaikan 11 Tanda Sakit Jantung Ini – Anda Rasa Letih Setiap Masa?

Tahukah anda? Penyakit jantung adalah punca utama kematian di negara ini sejak 13 tahun yang lalu.

Purata umur pesakit jantung koronari di Malaysia juga adalah jauh lebih muda berbanding negara maju iaitu 59 tahun. Serangan jantung koronari adalah jenis penyakit jantung paling kerap yang dihadapi oleh masyarakat negara ini.

Oleh itu, langkah awal harus diambil berat supaya penyakit jantung ini dapat dikekang dari menyerang seseorang. Sangat penting untuk kita tahu apakah simptom penyakit jantung terutamanya jika terdapat lebih dari satu tanda di bawah:

1. Ketidakselesaan Bahagian Dada

Ketidakselesaan dada adalah paling biasa dikesan dan juga tanda awal bagi penyakit jantung. Seseorang cenderung berasa sama ada tekanan berterusan pada dada atau pada denyutan. Ia biasanya disebabkan oleh saluran darah (Arteri) yang tersumbat atau serangan jantung.

Selain itu, pesakit juga akan mengalami nafas yang pendek, berpeluh atau rasa lemah.

Biasanya sakit itu akan hilang beberapa minit. Jika anda mengalami sakit walaupun hanya beberapa saat, teruslah berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat.

2. Mual, Senak, Pedih Ulu Hati dan Sakit Perut

Sesetengah pesakit mengalami simptom ini ketika serangan jantung, terutamanya wanita. Harus diingat, simptom ini mungkin juga disebabkan oleh faktor lain. Akan tetapi, tidak mustahil jika ianya disebabkan sesuatu yang tidak kena dengan jantung.

3. Tidur Apnea

Tidur Apnea adalah gangguan tidur disebabkan kesulitan bernafas berulang kali ketika sedang tidur. Salah satu tanda tidur apnea adalah berdengkur. Ia adalah masalah tidur yang serius dan merupakan salah satu tanda masalah jantung. Pada waktu ini, otak dan bahagian badan tidak mendapat bekalan oksigen mencukupi, di mana lama kelamaan memberi tekanan pada jantung dan meningkatkan risiko sakit darah tinggi, degupan jantung tak normal, stroke, atau kegagalan jantung.

Jika anda sering letih ketika bangun tidur, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan sama ada anda mengalami tidur apnea atau tidak.

4. Cengkaman Tangan Yang Lemah

Jika anda mengalami kesukaran memegang sesuatu objek, kemungkinan mengalami masalah jantung itu tinggi.

5. Pening Kepala

Di samping tidur yang sedikit, mengalami pening kepala juga tanda biasa kepada masalah jantung disebabkan jantung tidak mengepam bekalan darah yang cukup ke otak. Pening kepala mungkin menjadi tanda gangguan rentak degupan (arrthythmia) atau lebih teruk dari itu.

Kegagalan jantung bermaksud jantung tidak mampu mengepam darah sampai ke otak dan anggota badan yang memerlukan bekalan darah.

6. Mudah Letih

Anda telah biasa naik tangga secara bertahun-tahun, atau melakukan kerja-kerja rumah, tetapi secara tiba-tiba letih selepas melakukan aktiviti yang sama, itu adalah salah satu pertanda penyakit jantung. Jika anda mengalami keletihan yang luar biasa tanpa sebab, adakan temujanji dengan doktor untuk masalah anda.

7. Peluh Sejuk Secara Tiba-Tiba

Jika anda mengalami peluh dan sejuk secara rawak disamping tanda-tanda yang lain, dapatkan rawatan segera.

8. Degupan Jantung Tidak Seragam

Apabila jantung anda berdegup dengan tidak seragam atau terlalu laju, dalam keadaan tanpa sebab, ini adalah kemungkinan kepada masalah jantung. Jika anda sering mengalami keadaan ini, pastikan anda beri perhatian pada tanda ini.

9. Batuk Berpanjangan

Apabila sering batuk dan ia berpanjangan tanpa menjadi lebih baik adalah tanda masalah jantung. Batuk berpanjangan dan menghasilkan mukus dimana jantung tidak dapat memenuhi keperluan tubuh, darah bocor ke paru-paru yang mengakibatkan sakit jantung. Pastikan anda mendapatkan pemeriksaan awal untuk memastikan kesihatan selamat.

10. Bengkak Kaki

Jika kaki bengkak, kemungkinan tanda penyakit jantung disebabkan jantung tidak dapat mengepam darah secara efektif, menyebabkan cecair dan darah berkumpul di bahagian kaki menjadikan kaki membengkak. Begitu juga bengkak di bahagian lain.

11.  Gusi Berdarah

Kajian mendapati pendarahan dan gusi bengkak tanpa sebab boleh menjadi penyebab penyakit jantung. Pakar mendapati bakteria daripada gusi, boleh masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan jangkitan pada jantung.

6 Rutin Pagi Yang Mengubah Seluruh Hari Anda – Terutamanya Nombor 5

Tahukah anda? Masa 10 minit pertama di permulaan hari adalah paling penting. Jadi, sangat penting untuk mulakan hari anda dengan rutin yang bagus supaya minda dan tubuh anda ceria sepanjang hari.

Anda juga perlu hindari rutin yang negatif kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hari anda.

1. Katakan Tidak Untuk Butang Tunda (Snooze Button)

Pilih pada jam berapa harus anda bangun. Katakan pada diri anda bahawa “snooze button” ini bukan satu pilihan.

2.  Senaman Regangan

Sedikit regangan pada waktu pagi memberi beberapa manfaat penting untuk tubuh anda, ini termasuklah meningkatkan otot dan sendi yang fleksibel, mengurangkan tekanan dan melancarkan aliran darah.

3. Minum Air Putih

Tubuh anda telah “berpuasa” berjam-jam lamanya iaitu ketika anda tidur. Jadi penting untuk anda menghidratkan semula tubuh badan selepas bangun dari tidur.

4. Sarapan

Sarapan adalah satu permulaan untuk membantu pembakaran kalori sepanjang hari. Pembakaran kalori penting untuk mengekalkan suhu badan optimum. Dengan bersarapan, ia dapat mengekalkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari.

5. Tidak kepada Telefon Bimbit

Matikan dahulu notifikasi telefon bimbit anda. Jika ada kecemasan, anda akan mendapat panggilan kecemasan. Orang yang memerlukan anda, akan dapat menghubungi anda pada ketika itu.

6. Membaca Atau Mendengar

Membaca buku atau mendengar motivasi akan memberi impak kepada fikiran anda sepanjang hari. Tutup telefon anda sebentar, kemudian masukkan kata-kata positif ke dalam diri anda. Anda cenderung untuk lebih bersemangat memulakan hari anda apabila anda mendapat satu suntikan yang positif pada pagi hari.