21 Fakta Menarik Tentang Tubuh Badan Manusia Yang Pasti Buat Anda Kagum

Kita sememangnya telah biasa dengan tubuh badan sendiri kerana membesar dengannya, bukan? Tetapi ada perkara yang luar biasa tentang badan yang kita sendiri tanpa sedar tentangnya.

Sebagai contoh, tahukah anda? Warna yang seorang bayi boleh lihat adalah hitam dan putih sahaja.

Ada beberapa fakta lain menarik tentang tubuh badan manusia yang ingin dikongsikan kepada anda:

1. Satu-satunya sebab mengapa asid dalam perut tidak memusnahkan bahagian lain dalam badan kita adalah kerana kadar pembaharuan sel perut kita adalah lebih cepat dari kadar kemusnahannya.

2. Asid dalam perut sangat kuat sehingga boleh menghancurkan sebuah pisau cukur.

3. Jika anda makan dengan terlalu banyak, pendengaran anda menjadi tidak begitu tajam.

4. Apabila anda mencapai umur 60 tahun, anda akan kehilangan separuh dari tunas rasa anda.

5. Otak manusia menggunakan kira-kira 20% daripada oksigen dan kalori dalam badan untuk berfungsi.

6. Kita telah diberitahu bahawa 75% dari badan kita mengandungi air. Tetapi otak kita lebih banyak kandungan air dari badan iaitu 80%.

7. Kecuali kembar seiras, setiap orang di dunia ini mempunyai bau yang unik dan berbeza.

8. IQ yang tinggi bermakna anda kuat berangan-angan.

9. Rambut sebenarnya sangat sukar untuk dimusnahkan. Jika tidak dibakar (rambut adalah mudah terbakar), rambut sukar dimusnahkan walaupun menggunakan asid yang kuat.

10. Wanita berkedip mata 2 kali ganda bilangannya daripada lelaki.

11. Manakala lelaku tersedu-sedu 2 kali ganda bilangannya daripada wanita.

12. Sepanjang hidup kita, kita menghasilkan air liur yang cukup untuk memenuhkan 2 buah kolam bersaiz kolam renang Stadium Olimpik.

13. Sepanjang hidup kita juga, kita menjatuhkan purata kira-kira 18kg sel kulit mati.

14. Kornea mata adalah satu-satunya bahagian badan kita yang tiada bekalan darah. Ia mendapat bekalan oksigen dari udara luar di sekeliling kita.

19. Purata jangka hayat rambut adalah 3 hingga 7 tahun.

20. Gigi manusia mula berkembang apabila berada dalam rahim lagi iaitu pada usia 6 bulan di dalam rahim.

21. Bayi hanya boleh melihat warna hitam dan putih apabila mereka lahir.

Sumber: inspiredot

Tak Sangka, Selain Susu, 6 Jenis Makanan Ini Tinggi Kandungan Kalsium

99% Kandungan kalsium dalam badan adalah pada tulang dan gigi kita. Pengambilan kalsium yang cukup untuk mengelakkan risiko osteoporosis, membantu pembentukan tulang, baik untuk otot dan sel badan anda.

Apabila berfikir tentang makanan yang tinggi kalsium, kita selalu fikir tentang susu sahaja. Anda akan terkejut bila mengetahui bahawa susu bukan makanan paling tinggi kandungan kalsiumnya.

Berikut adalah alternatif makanan yang tinggi kandungan kalsiumnya:

1. Bijan

Menurut data Jabatan Pertanian Amerika (USDA), 100g bijan mengandungi lebih kurang 975mg kalsium yang dikatakan salah satu dari makanan yang tertinggi kandungan kalsiumnya. Kaya dengan magnesium, vitamin B1, zink, serat.

Pengambilan bijan secara teratur akan mengelakkan masalah rambut beruban, dan keguguran rambut pra-matang.

2. Buah Tin

Bukan sahaja kaya dengan kalsium, malah buah tin kaya dengan serat dan mineral seperti kalium dan magnesium. Magnesium boleh menguatkan tulang dan otot. Ia juga membantu mengawal tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan.

3. Kacang Hitam

Dengan mengandungi kalsium lebih 1.5 kali ganda daripada bayam, kacang hitam boleh membantu meningkatkan keanjalan saluran darah.

4. Udang

Udang kering dan kulit udang juga kaya dengan kalsium. Udang boleh menjadi sumber kalsium yang baik kerana boleh makan bersama dengan nasi sebagai lauk. Udang juga kaya dengan mineral anti-oksida seperti selenium dan kuprum.

5.Produk Tenusu

Produk tenusu selain dari susu yang mengandungi kalsium adalah seperti keju dan yogurt. Malah kandungan kalsium dalam keju adalah hampir sama dengan yang ada pada keju.

6. Badam

Dari kalangan kekacang, badam adalah antara kacang yang paling tinggi kandungan kalsiumnya. Setiap 28 gram badam boleh menyumbang kepada 8% kalsium daripada Kandungan Pemakanan Yang Disyorkan (RDA).

Salah satu kunci sebagai pelengkap kepada kalsium adalah vitamin D yang cukup dalam badan yang membantu penyerapan kalsium dengan baik. Vitamin D boleh didapati dengan mengambil makanan seperti minyak ikan kod, kuning telur dan juga daripada sinaran matahari pagi.

Bahaya Strok Haba Yang Tidak Boleh Anda Abaikan

Dengan gelombang haba yang melanda masa kini, adalah amat penting untuk berhati-hati dengan kesihatan kepada mereka yang terdedah di tengah panas termasuk yang melakukan aktiviti senaman dan bekerja.

Kita boleh terdedah kepada strok haba apabila suhu badan meningkat 40.5 darjah Celcius. Suhu badan normal ialah 37 darjah Celcius.

Apabila badan merasa panas, badan kita akan berpeluh. Peluh adalah satu proses normal untuk menyejukkan badan kita. Akan tetapi peluh yang berterusan akan menyebabkan air dalam badan berkurangan sekaligus berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalaman, koma dan seterusnya kematian.

Apa Itu Strok Haba?

Strok Haba adalah satu bentuk hiperthermia di mana suhu badan berubah secara drastik. Simptom strok haba adalah termasuk:

  1. Sakit kepala berdenyut.
  2. Mual
  3. Otot lemah dan kejang
  4. Muntah / Rasa nak muntah
  5. Kulit kering dan kemerahan
  6. Kurang berpeluh walaupun panas
  7. Sawan
  8. Pitam
  9. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Mereka Yang Berisiko Terkena Strok Haba

  1. Bayi
  2. Warga tua ( yang menghadapi masalah seperti penyakit jantung, paru-paru dan yang sedang mengambil ubat-ubatan)
  3. Atlet
  4. Mereka yang bekerja diluar tengah panas

Pencengahan Daripada Strok Haba

  1. Elakkan aktiviti riadah terdedah kepada cuaca panas
  2. Minum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  3. Memakai pakaian 100% kapas untuk memudahkan penyejatan peluh yang maksimum
  4. Memakai topi untuk mengelakkan kepanasan pada kepala
  5. Elakkan berjalan di tengah simen dan jalan bitumen.

Sumber rujukan: Medicine Net , The Vocket