Cara Kurangkan Risiko Sakit Jantung Secara Semula Jadi

Sakit jantung adalah penyakit yang membimbangkan bagi kebanyakan antara kita kerana ia adalah salah satu dari punca utama kematian di negara ini.

Tidak dinafikan faktor gaya hidup memainkan peranan yang besar dalam menyumbang kepada faktor terjadinya serangan penyakit jantung ini.

Bagi anda yang amat pentingkan kesihatan atau sudah pun mengalami tanda-tanda sakit jantung, anda perlu mengetahui cara mengurangkan risiko sakit jantung secara semula jadi ini:

1. Berjaga-jaga Dengan Pengambilan Daging Merah.

Daging merah adalah sumber protein dan nutrien yang baik untuk tubuh. Akan tetapi pengambilan daging dengan lemak tepu berlebihan akan meningkatkan jumlah kolestrol dalam badan.

Anda boleh pelbagaikan pengambilan sumber protein lain seperti kacang soya, ayam, kekacang, dan tauhu.

2. Jalani Gaya Hidup Aktif

Lakukan senaman selama 30-60 minit 3 kali seminggu.

3. Mengawal Kadar Kolestrol

Mengawal pengambilan makanan yang mengandungi minyak atau lemak.

4. Menjaga Waktu Tidur

Waktu tidur yang tidak terjaga amat berkaitan dengan peningkatan risiko tekanan darah tinggi yang menjadi punca serangan jantung. Cuba untuk tidur 6-8 jam sehari supaya badan dapat berfungsi dengan baik.

5. Mengambil Makanan Berkhasiat

Pastikan anda memakan makanan diet yang seimbang seperti sayuran, buah-buahan, gandum, daging tanpa lemak.

6. Kekalkan Berat Badan Yang Ideal

Mengekalkan berat badan ideal membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan obesiti.

7. Berhenti Merokok

Perokok mempunyai risiko tinggi untuk mengalami sakit jantung daripada mereka yang tidak merokok. Anda juga boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan paru-paru kepada anak anda atau orang sekeliling anda dengan berhenti merokok ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *