Tahukah anda? Masa 10 minit pertama di permulaan hari adalah paling penting. Jadi, sangat penting untuk mulakan hari anda dengan rutin yang bagus supaya minda dan tubuh anda ceria sepanjang hari.
Anda juga perlu hindari rutin yang negatif kerana ia akan mempengaruhi keseluruhan hari anda.
1. Katakan Tidak Untuk Butang Tunda (Snooze Button)

Pilih pada jam berapa harus anda bangun. Katakan pada diri anda bahawa “snooze button” ini bukan satu pilihan.
2. Senaman Regangan
Sedikit regangan pada waktu pagi memberi beberapa manfaat penting untuk tubuh anda, ini termasuklah meningkatkan otot dan sendi yang fleksibel, mengurangkan tekanan dan melancarkan aliran darah.
3. Minum Air Putih
Tubuh anda telah “berpuasa” berjam-jam lamanya iaitu ketika anda tidur. Jadi penting untuk anda menghidratkan semula tubuh badan selepas bangun dari tidur.
4. Sarapan

Sarapan adalah satu permulaan untuk membantu pembakaran kalori sepanjang hari. Pembakaran kalori penting untuk mengekalkan suhu badan optimum. Dengan bersarapan, ia dapat mengekalkan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari.
5. Tidak kepada Telefon Bimbit
Matikan dahulu notifikasi telefon bimbit anda. Jika ada kecemasan, anda akan mendapat panggilan kecemasan. Orang yang memerlukan anda, akan dapat menghubungi anda pada ketika itu.
6. Membaca Atau Mendengar
Membaca buku atau mendengar motivasi akan memberi impak kepada fikiran anda sepanjang hari. Tutup telefon anda sebentar, kemudian masukkan kata-kata positif ke dalam diri anda. Anda cenderung untuk lebih bersemangat memulakan hari anda apabila anda mendapat satu suntikan yang positif pada pagi hari.

