Kolesterol Dalam Badan – 4 Kesilapan Gaya Hidup Ini Menyebabkan Anda Berisiko

Anda pasti ingin mengurangkan paras kolestrol dalam badan, bukan?

Gaya hidup seharian adalah sangat penting untuk dijaga. Tetapi awas, ada rutin yang tanpa sedar boleh menyebabkan risiko peningkatan kolestrol.

Antara kesilapan gaya hidup yang menyumbang kepada risiko peningkatan kolestrol ini adalah:

1. Pemakanan Tidak Sihat

Diet tinggi kandungan lemak tepu seperti daging, mentega dan lemak akan meningkatkan tahap kolestrol. Terlalu banyak mengambil makanan lemak trans juga meningkatkan kolestrol. Sentiasa semak label makanan yang mengandungi lemak trans atau  ini. Ia dapat membantu anda mengelak dari risiko ini.

2. Berat Badan Berlebihan

Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) lebih dari 30 meletakkan anda berada dalam risiko tinggi tahap kolestrol. Ini kerana BMI yang tinggi adalah salah satu indikator rendahnya kolestrol baik (HDL) dan tingginya kolestrol jahat (LDL)

3. Tidak Bersenam

Lebih banyak anda bergerak, lebih kurang kecenderungan mendapat berat badan berlebihan. Bukan itu sahaja, senaman boleh meningkatkan paras kolestrol baik (HDL) dan mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL).

4.  Merokok

Tahukah anda? Merokok adalah penyebab 90% kematian akibat kanser paru-paru. Bahkan merokok juga menyebabkan kanser di bahagian lain dalam badan. Selain itu, merokok boleh mengurangkan paras kolestrol baik (HDL) dan merosakkan dinding saluran darah.

Oleh itu, penting untuk kita memerhatikan gaya hidup seharian supaya dapat membuat pembaikan seterusnya mengurangkan tahap kolestrol sebelum terlambat.

Kongsi Artikel:

Teknologi Kesihatan Terkini!

Rahsia Melancarkan Peredaran Darah Seluruh Badan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *