Anda Sering Berdengkur? Berjaga-jaga. Mungkin Ini Puncanya!

SERING BERDENGKUR ketika tidur boleh menganggu kualiti tidur seseorang dan menganggu orang sekeliling, dikaitkan dengan gangguan sistem pernafasan.

Bunyi dengkuran yang serius ini adalah akibat daripada penyempitan saluran pernafasan ketika tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA). Menurut pakar perubatan, ramai yang mengalami tidur berdengkur tetapi tidak semestinya individu itu mempunyai masalah berkaitan kardiovaskular.

OSA menjejaskan kuliti tidur penghidapnya sehingga tidak cukup rehat dan terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, strok, dan diabetes.

Biasanya pesakit tidak sedar pernafasannya terganggu ketika tidur tetapi hanya menyedari gangguan pernafasan ini apabila tersedar dari tidur.

Hal ini membuatkan oksigen tidak mencukupi sementara karbon dioksida pula tidak dapat dikeluarkan dari badan. Kesannya degupan rentak jantung tidak normal dan gangguan pada paru-paru. 

Disebabkan itu, mereka mengalami migrain, pening kepala, atau tertidur ketika memandu kerana keletihan disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malamnya.

Sleep Apnea juga disebabkan obesiti atau kegemukan berikutan banyak lemak pada leher, tengkuk yang pendek hingga menutup saluran pernafasan biasa.

Jika anda mendapati tanda-tanda ini, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.

Langkah Mencegah Dengkur

1. Kawal berat badan terutamanya kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

2. Elakkan pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk.

3. Pilih sisi tidur mengiring.

4. Amalkan waktu tidur yang tetap.

5. Mendapatkan rawatan hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.

Sumber: bharian

Kongsi Artikel:

Teknologi Kesihatan Terkini!

Rahsia Melancarkan Peredaran Darah Seluruh Badan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *