99% Kandungan kalsium dalam badan adalah pada tulang dan gigi kita. Pengambilan kalsium yang cukup untuk mengelakkan risiko osteoporosis, membantu pembentukan tulang, baik untuk otot dan sel badan anda.
Apabila berfikir tentang makanan yang tinggi kalsium, kita selalu fikir tentang susu sahaja. Anda akan terkejut bila mengetahui bahawa susu bukan makanan paling tinggi kandungan kalsiumnya.
Berikut adalah alternatif makanan yang tinggi kandungan kalsiumnya:
1. Bijan

Menurut data Jabatan Pertanian Amerika (USDA), 100g bijan mengandungi lebih kurang 975mg kalsium yang dikatakan salah satu dari makanan yang tertinggi kandungan kalsiumnya. Kaya dengan magnesium, vitamin B1, zink, serat.
Pengambilan bijan secara teratur akan mengelakkan masalah rambut beruban, dan keguguran rambut pra-matang.
2. Buah Tin

Bukan sahaja kaya dengan kalsium, malah buah tin kaya dengan serat dan mineral seperti kalium dan magnesium. Magnesium boleh menguatkan tulang dan otot. Ia juga membantu mengawal tekanan darah dan tahap kolestrol dalam badan.
3. Kacang Hitam
Dengan mengandungi kalsium lebih 1.5 kali ganda daripada bayam, kacang hitam boleh membantu meningkatkan keanjalan saluran darah.
4. Udang
Udang kering dan kulit udang juga kaya dengan kalsium. Udang boleh menjadi sumber kalsium yang baik kerana boleh makan bersama dengan nasi sebagai lauk. Udang juga kaya dengan mineral anti-oksida seperti selenium dan kuprum.
5.Produk Tenusu
Produk tenusu selain dari susu yang mengandungi kalsium adalah seperti keju dan yogurt. Malah kandungan kalsium dalam keju adalah hampir sama dengan yang ada pada keju.
6. Badam
Dari kalangan kekacang, badam adalah antara kacang yang paling tinggi kandungan kalsiumnya. Setiap 28 gram badam boleh menyumbang kepada 8% kalsium daripada Kandungan Pemakanan Yang Disyorkan (RDA).
Salah satu kunci sebagai pelengkap kepada kalsium adalah vitamin D yang cukup dalam badan yang membantu penyerapan kalsium dengan baik. Vitamin D boleh didapati dengan mengambil makanan seperti minyak ikan kod, kuning telur dan juga daripada sinaran matahari pagi.

