Bagaimana Merokok Beri Kesan Pada Tubuh Badan?

Kebanyakan orang hari ini menyedari bahaya merokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan mereka. Kajian mendapati dua pertiga perokok akan meninggal dunia lebih awal kesan dari penyakit yang disebabkan oleh rokok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat 1 billion perokok hari ini. Sebanyak 600,000 kematian adalah dari bukan perokok yang terdedah kepada asap rokok. Angka kematian ini dijangka meningkat pada tahun 2030.

Bagaimana Merokok Beri Kesan Pada Kesihatan?

Menurut NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan), merokok setiap hari boleh menyebabkan masalah kesihatan berikut:

1. Kesan Pada Sistem Pengaliran Darah

Merokok menggalakkan pembentukan darah beku dalam saluran darah yang boleh menyebabkan masalah penyakit seperti strok dan jantung.

2. Jantung

Merokok menyebabkan kerosakan pada jantung dan akan meningkatkan risiko serangan jantung, koronari jantung, dan strok.

3. Perut

Merokok meningkatkan risiko kanser perut dan ulser.

4. Kulit

Penuaan pada kulit akan lebih cepat dan kulit akan kelihatan kusam dan tidak bemaya.

5. Paru-paru

Paru-paru boleh terjejas teruk disebabkan oleh merokok. Batuk, selsema, dan asma hanyalah permulaan. Merokok boleh menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut seperti pneumonia dan kanser paru-paru.

6. Mulut

Merokok menyebabkan nafas berbau busuk dan gigi berwarna kuning. Perokok mendapat peluang lebih tinggi untuk mendapat penyakit gusi.

Banyak masalah penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok, bukan sahaja kepada si perokok malah kepada orang sekeliling.

Semoga dapat anda untuk berusaha berhenti merokok dan meningkatkan kualiti kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *