Mata adalah pancaindera yang sangat penting. Hampir keseluruhan waktu kita menggunakan mata untuk setiap aktiviti harian kita. Kita hanya menutup mata ketika tidur sahaja. Bermakna setiap saat mata kita digunakan.
Tahukah anda? Hampir 61% populasi menggunakan cermin mata, kanta atau apa sahaja alat bantuan ketika membaca (sumber:CBS). Malah, untuk mereka yang lebih berusia, sangat jarang untuk kita lihat yang tidak memakai cermin mata.
Jadi, jangan sesekali mengambil mudah akan kesihatan mata. Berikut adalah 5 tips penting menjaga mata agar sentiasa sihat:
1. Menjaga Pemakanan
Kesihatan yang baik datang dari apa sahaja yang kita makan. Nutrien seperti Omega-3, lutein, zinc dan vitamin C dan E boleh diambil setiap hari untuk membantu menyihatkan mata. Antara makanan yang baik untuk mata adalah:

- Sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi mengandungi vitamin E yang tinggi.
- Ikan salmon, tuna, dan minyak ikan yang lain mengandungi omega-3
- Telur mengandungi nutrisi yang baik untuk mata seperti omega-3, lutein, vitamin D, B12, dan zinc. Lutein dan zeaxanthin yang dijumpai dalam putih telur merupakan antioksidan yang baik untuk mencegah degenerasi makula dan katarak.
- Jus oren, nenas dan mangga mengandungi vitamin C yang baik untuk mata.
2. Elakkan / Berhenti Merokok.
Merokok boleh menyebabkan pelbagai masalah mata. Perokok cenderung untuk mendapat masalah mata seperti katarak, degenerasi makula dan kerosakan saraf optik.
Selain itu, perokok juga cenderung untuk menghadapi uveitis, sejenis radang lapisan tengah mata yang dikenali sebagai uvea. Penyakit mata ini boleh menyebabkan seseorang menjadi buta.
3. Elakkan Melihat Skrin Komputer Dan Telefon Pintar Dalam Waktu Yang Lama
Banyak pekerjaan waktu kini memerlukan seseorang melihat komputer atau telefon pintar dalam waktu yang lama. Melihat skrin terlalu lama atau dalam keadaan gelap boleh menyebabkan masalah pada mata.

Cara untuk melindungi mata anda :
- Jika anda mengalami ketegangan mata, gunakan cermin mata komputer untuk mengatasi masalah ini.
- Elakkan silau dari tingkap atau cahaya. Gunakan skrin anti-silau jika perlu.
- Jika mata anda kering, tingkatkan kekerapan kerdipan mata anda.
- Rehatkan mata setiap 20 minit. Lihat pada kejauhan 20 kaki dalam 20 saat. Ini penting untuk senaman kanta mata semula jadi anda. Bangun setiap 2 jam, dan berehat selama 15 minit.
4. Buat Pemeriksaan Mata Secara Berkala
Pemeriksaan mata sangat penting untuk mengesan sebarang masalah pada mata lebih awal.
Pemeriksaan mata boleh mengesan menyakit seperti glaukoma di mana ia penyakit yang tiada simptom. Pemeriksaan boleh mengesan penyakit itu lebih awal.
Bergantung kepada keadaan mata anda, anda perlu berjumpa dengan 2 jenis doktor:
- Ophthalmologists – Adalah doktor perubatan yang pakar dalam penjagaan mata, dan menjalankan rawatan mata.
- Optometrists – Mereka yang memberi khidmat nasihat tentang penjagaan mata secara umum.
Kongsi Artikel:





