Sukar Tidur? Ini Nasihat Pakar Untuk Mudah Tidur

Kadang-kadang dah pelbagai cara dilakukan untuk tidur. Betulkan posisi bantal, katil, selimut, elakkan minum kopi, dan memastikan badan selesa. Tetapi tetap tidak berjaya membuatkan anda tidur selepas itu.

Adakah anda pernah mengalami situasi ni?

Jika ya, ini adalah 4 tips untuk lebih mudah tidur:

1. Jangan Terlalu Banyak Berfikir

Banyak berfikir menyebabkan minda anda aktif. Pada waktu siang, segala aktiviti fizikal perlu dilakukan menyebabkan tiada masa untuk berfikir tentang banyak perkara.

Biasanya kita hanya ada waktu sebelum tidur sahaja untuk berfikir. Ini menyebabkan minda berjalan ketika waktu sebelum tidur walaupun badan keletihan.

Apa yang perlu dilakukan adalah alihkan perhatian fikiran anda kepada sesuatu yang tenang dan santai. Fikirkan apa sahaja impian, kesukaan, atau kegembiraan yang membuatkan minda anda berehat. Contohnya, fikirkan percutian yang menarik bersama keluarga anda atau mendapat hadiah yang anda sukai pada hari lahir anda.

2. Cuba Melatih Pernafasan

Teknik pernafasan sebelum tidur dinamakan sebagai Pernafasan Diafragma.

Teknik ini sesuai digunakan apabila otak anda bergerak aktif dan menganggu anda untuk tidur. Caranya tarik nafas dengan kiraan 1, 2, 3, dan 4 kemudian hembus nafas dengan kiraan 5, 6, 7, dan 8.

Lakukan beberapa kali sehingga anda tenang. Ia dapat membuatkan anda lebih relaks dan mengelak dari minda terus laju berfikir. 

3. Selesaikan Perkara Yang Kurang Menyenangkan

Jika masih tidak dapat tidur dalam waktu 30 minit atau lebih, bangun dari tempat tidur dan kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan ketika itu. Contohnya, jika kaki anda sakit, cuba dapatkan penyelesaian seperti merendam kaki dalam air suam, mengurut kaki seketika atau menyapu minyak untuk kurangkan kesakitan yang mengganggu.

4. Bangun Dari Tempat Tidur

Jika anda masih tidak dapat tidur ketika baring, cara bangun dari tempat tidur boleh mambantu. Anda boleh bangun dan membaca buku sehingga mengantuk atau membuat teknik regangan badan supaya lebih badan anda lebih relaks.

Elakkan melihat screen telefon pintar kerana melihat screen telefon pintar akan membuatkan anda lebih sukar untuk tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *